You need to log in to create posts and topics.

Peraturan Untuk Produk Review!

Berikut adalah peraturan bagi ruangan ini:

1. Tajuk topik sebaiknya mengandungi nama produk dan oleh siapa. Contohnya: "Panduan Youtube oleh Izuan Bakar"

2. Jangan sesekali menyerang , mengutuk pemilik produk. Review dan komen perlulah fokus kepada produk dan bukannya pencipta produk. Berikan komen anda tentang produk tersebut dan nyatakan, apakah yang anda rasakan baik & buruk tentang produk tersebut.. dan bukannya tentang pembuat atau pemilik produk tersebut.

3. Thread ini perlulah dimulakan oleh pembeli produk. Pemilik/Tuan punya produk tidak dibenarkan membuka thread review tetntang produk mereka. Tetapi, pemilik poduk dibenarkan dan dialu-alukan untuk mereply di dalam thread.

4. Affiliate link tidak dibenarkan diletakkan di dalam thread ini. Penawaran bonus untuk membeli dari affiliate juga tidak dibenarkan di lakukan di dalam thread ini.

5. Setiap pembuka topik, perlulah dimasukkan sekali poll untuk orang ramai memberikan rate mereka kapda produk tersebut. Rating tersebut perlulah berdasarkan bintang secara keseluruhan iaitu:

Pilihan 1 - 5 bintang = Sangat bagus
Pilihan 2 - 4 bintang = Bagus
Pilihan 3 - 3 bintang = Biasa sahaja
Pilihan 4 - 2 bintang = Kurang Bagus
Pilihan 5 - 1 bintang = Sangat Tidak Bagus

6. Jika anda berminat untuk membeli sesuatu produk dan mendapati tiada sebarang lagi review untuk produk tersebut, anda boleh membuka topik dan bertanya/meminta mereka yang telah membeli produk tersebut memberikan review.

7. Komen yang terlalu pendek seperti.. "bagus", "hampeh", "jom beli" , "jgn beli" dan sebagainya, mungkin akan dipadam. Sila berikan sebab bagi setiap komen yang anda berikan. Berikan sebab mengapa anda kata produk tersebut bagus? dan berikan juga sebab mengapa anda kata produk tersebut tidak bagus?

8. Secara asasnya, pemberi review bolehlah memberikan komen tentang perkara berikut berkenaan produk, seperti..
- kelebihan produk?
- kekurangan produk?
- tahap kesesuaian produk, sama ada untuk newbie, intermediate atau advanced.
- harga produk.. berbaloi atau tidak?

P/s:- Peraturan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.