You need to log in to create posts and topics.

Kod Etika Ber-Forum

Mulai sekarang, pihak moderator / admin akan mengemaskini dan menambah kod etika ber-forum.

Sila baca peraturan forum sini dulu sebelum posting apa2, terutama kpd yang baru join 🙂

KOD ETIKA / PERATURAN & TINDAKAN
==========================

1. Mana-mana posting yang salah tempat akan di-alih tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak moderator.

2. Jika anda buat posting yang merapu, kami berhak delete sahaja posting anda itu tanpa sebarang notis.

3. Mana-mana IKLAN yang tidak bagus untuk manfaat bersama, kami akan delete terus. So, kalau iklan anda hilang, maksudnya iklan anda tu mungkin tak baik untuk manfaat bersama.

4. IKLAN yang dilarang adalah skim piramid, skim binari, derma-menderma, autosurf, pelaburan entah apa-apa, HYIP dan Forex. Anda perlu sedar, kita di forum ini hanya fokus kepada REAL-BUSINESS sahaja.

5. SILA CARI & BACA persoalan yang ingin anda tanya SEBELUM bertanya, melainkan anda urgent dan betul2 memerlukan jawapan dengan cepat. Ingat! Nak berjaya kena rajin.

6. Sebelum buka topik baru, sila cari adakah topik anda tu dah ada orang buka atau belum. Gunakan fungsi search di forum ni. Menunya ada kat atas sekali.

7. Saiz maksimum untuk image signature ialah 500 width dan 100 height. Video klip dalam signature tidak dibenarkan. Untuk text signature, font yang digunakan janganlah terlalu besar.

8. Jika anda menulis tentang sesuatu yang menarik di blog / laman web anda dan ingin membincangkan di sini, COPY & PASTE keseluruhan artikel tersebut di dalam thread berkenaan ataupun jika ianya terlalu panjang, copykan bahagian yang penting supaya semua orang faham apa yang ingin anda bincangkan.

Jika anda membuka thread untuk berbincang dengan hanya link ke blog / laman web anda, thread tersebut akan didelete tanpa sebarang amaran. Jika anda artikel tersebut bukan dari blog / laman web anda, pastikan anda meletakkan url dari mana artikel tersebut diperolehi.

9. Maklum balas iTrader hanya boleh diberikan apabila adanya urusniaga iaitu jual beli barang ataupun perkhidmatan. Ia tidak boleh diberikan kepada seseorang yang hanya membuat tawaran untuk menjual / membeli / memberi perkhidmatan kepada anda.

Lain-lain kod etika dan peraturan akan ditambah dari semasa ke sama. Selamat ber-forum 🙂